mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2024

USAHAWAN PERTAMA 2024

KEUSAHAWANAN – PUAN NORAFEZA BINTI ALUWI

USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN

Nama: Norafeza binti Aluwi

Umur: 41 Tahun

Ahli: 2024

LATAR BELAKANG

Bermula secara kecil-kecilan dari rumah, perniagaan ini telah berkembang melalui permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan tetap

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI

Pendapatan beliau hanya sekitar RM 700 – RM 1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah RM 1500 – RM 2000

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

Melalui kelas latihn keusahawanan yang dibimbing oleh NADI, beliau kini telah memiliki facebook dan tiktok sendiri. Beliau juga menggunakan perkhidmatan NADI seperti cetakan, laminate dan memperbaharui SSM.

*****

CELIK IT 4 – SYED ANAS SYIFA BIN SYED NASRUL HAKIM

CELIK KOMPUTER

Nama : SYED ANAS SYIFA BIN SYED NASRUL HAKIM

Umur : 9 TAHUN

Ahli : 2023

LATAR BELAKANG

Adik Syed Anas Syifa bin Syed Nasrul Hakim berusia 9 tahun, bersekolah di SK BENTA.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI

Sebelum ini, Syed Anas Syifa yang tinggal di Taman Sama hanya menolong ibunya berniaga sebaik saja pulang dari sekolah. Ibunya mendaftarkan dirinya untuk menjadi ahli di NADI Kg. Sama. Beliau berkunjung ke NADI setiap hari hanya berjalan kaki, anggaran jarak rumahnya ke NADI dalam 0.5km.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI

Selepas mendaftarkan diri sebagai ahli NADI, Syed Anas Syifa banyak mengikuti kelas ICT, Multimedia dan E-Pembelajaran. Beliau semakin mahir dalam penggunaan komputer seperti menaip dan lain-lain.