mcmc
Laporan Aktiviti

BAZAR RAYA NADI 2026

Tarikh 14 Mac 2026
Masa08.00 pagi – 03.00 petang
Tempat NADI Kampung Sama
Target Peserta Usahawan dan Komuniti

Tujuan

Program ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan komuniti setempat dengan memberi peluang kepada usahawan kecil mempromosikan dan menjual produk Hari Raya. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan melalui saringan asas yang disediakan. Di samping itu, aktiviti seperti webinar keusahawanan dan pertandingan mewarna keluarga diadakan bagi memberi pendedahan ilmu, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta memupuk semangat komuniti yang aktif, kreatif dan berdaya saing.

Aktiviti

Program ini merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti jualan produk Hari Raya oleh usahawan tempatan, webinar keusahawanan, pertandingan mewarna keluarga serta saringan kesihatan asas, yang bertujuan memeriahkan suasana komuniti sambil memberi manfaat dari segi ekonomi, ilmu dan kesihatan.