Tarikh | 10 JULAI 2025 |
Masa | 5.00 hingga 6.00 Petang |
Tempat | NADI Kampung Sama |
Jumlah peserta | 3 Orang |
Tujuan
Menggalakkan penjanaan pendapatan dengan memberi ilmu masakan premium yang boleh dijadikan produk jualan oleh peserta. Selain itu, dapat mengaktifkan penggunaan platform digital pembelajaran melalui siaran langsung YouTube Studio NADI Mahir, memudahkan penyertaan komuniti dari seluruh negara dan Memberi peluang pembelajaran secara langsung dengan demonstrasi dari penyediaan bahan segar sehingga penyajian untuk memastikan peserta memahami teknik dengan betul.
Aktiviti
Peserta diberi pengenalan oleh Chef Florence Tan mengenai sejarah dan keunikan resepi juga diberikan juga penerangan mengenai bahan-bahan segar yang digunakan. Selain itu, peserta diberikan Demonstrasi Memasak Secara Langsung seperti teknik memasak mengikut langkah demi langkah oleh Chef Florence Tan sehingga selesai.