USAHAWAN PERTAMA 2025
KEUSAHAWANAN – Puan Zulfatmawati Bt Dzulkafly
USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN
Nama: Zulfatmawati Bt Dzulkafly
Umur: 41 Tahun
Ahli: 2013
LATAR BELAKANG
Pn. Zulfatmawati merupakan kakitangan kerajaan dan membuka bisnes F&B
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2500 – RM3500 sahaja sebulan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kampung Sama beliau kini telah memiliki akaun bank perniagaan.
*****
CELIK IT 2 – Maisarah Binti Mohd Adam
CELIK KOMPUTER
Nama : Maisarah Binti Mohd Adam
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2023
LATAR BELAKANG
Adik Maisarah binti Mohd Adam berusia 11 tahun, bersekolah di SK Benta
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Sebelum ini, adik Maisarah binti Mohd Adam kurang terdedah kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta mempunyai pengetahuan yang terhad dalam kemahiran digital. Beliau mendaftarkan dirinya untuk menjadi ahli NADI Kampung Sama. Beliau berkunjung ke NADI setiap hari hanya berjalan kaki, anggaran jarak rumah ke NADI dalam 1 km
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Selepas mendaftarkan diri sebagai ahli NADI, adik Maisarah binti Mohd Adam banyak mengikuti kelas ICT, Multimedia dan E-pembelajaran. Beliau semakin mahir dalam penggunaan komputer seperti menaip dan lain-lain.