mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR MASAK EDISI RAMADAN 2026

Tarikh 26 Februari 2026
Masa11.30 pagi – 12.30 Tengah hari
Tempat NADI Kampung Sama
Jumlah peserta 6 Orang 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada komuniti tentang teknik memasak yang betul, sihat dan menjimatkan sempena bulan Ramadan.

Meningkatkan kemahiran asas memasak dalam kalangan peserta untuk penyediaan juadah berbuka puasa dan hari raya.

Menggalakkan amalan pemakanan seimbang serta penggunaan bahan tempatan dalam masakan harian.

Mengukuhkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat melalui aktiviti pembelajaran secara interaktif.

Memberi inspirasi kepada peserta, terutamanya suri rumah dan belia, untuk meneroka kemahiran memasak sebagai hobi atau potensi keusahawanan.

Mendedahkan peserta kepada perkongsian ilmu dan pengalaman daripada chef profesional iaitu Chef Florence Tan.

Aktiviti 

Aktiviti program dimulakan dengan pengenalan program dan chef jemputan, diikuti dengan demonstrasi memasak menu Udang Masak Lemak Nenas dan Biskut Bijan Rangup. Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan teknik serta tip memasak yang sesuai untuk Ramadan. Program diteruskan dengan sesi soal jawab secara interaktif bersama peserta sebelum ditutup dengan rumusan dan galakan untuk menyertai program NADI yang akan datang.