Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sama, telah memulakan operasi pada 18 Disember 2013.
PI1M Kampung Sama terletak berdekatan dengan pekan kecil iaitu Pekan Benta. Jaraknya pula mengambil masa dalam 5minit ke Kampung Sama. Benta bersempadan Daerah Raub dan Daerah Kuala Lipis.
Sejarah bangunan PI1M Kampung Sama asalnya merupakan balairaya Kampung Sama yang digunakan untuk aktiviti komuniti setempat. Namun balairaya tersebut jarang digunakan kerana kemudahan yang tidak lengkap menyebabkan komuniti kurang melakukan aktiviti di balairaya ini. Namun balairaya ini kembali berfungsi dan ceria sejak penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia dan kini menjadi salah satu Pusat tumpuan komuniti setempat.
PI1M Kampung Sama telah dirasmikan pada HARI BERSAMA 20 Mac 2014 oleh YB Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd Razak SSAP.,SIMP.,DSAP.,DIMP.,AMP. iaitu ADUN Benta merangkap Exco Kemudahan Asas & Alam Sekitar.
Sumber Gambar : Dun Benta